Tatkala pasukan Liga Super, Selangor FC rancak melakukan persiapan bagi musim baharu, tumpuan terarah kepada jersi yang dipegang oleh pemain baharu pasukan.
Menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh The Red Giants, kelihatan pemain baru pasukan, Alvin Fortes sedang memegang jersi yang tertera nombornya bersama pasukan.
Pemain berusia 29 tahun itu bakal membentuk gandingan baharu bersama seorang lagi pemain import, Ronnie Fernandez yang sudah diumumkan sebelum ini.
Tumpuan peminat bagaimanapun terarah kepada jersi yang dipegang oleh pemain kelahiran Cape Verde ini sekaligus menimbulkan pelbagai spekulasi.
Namun begitu, jersi tersebut difahamkan merupakan jersi latihan bagi musim baharu namun memiliki sentuhan unik yang tersendiri.
Bagi musim 2024/25, Selangor telah mengumumkan beberapa watak penting kekal bersama pasukan dengan kemasukan bintang baharu bakal memberikan tonik tambahan buat pasukan.
Pasukan kendalian Tan Cheng Hoe difahamkan akan ke Thailand bagi menjalani aksi pra-musim sebagai persediaan ke Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) tahun ini.