Advertising
John Beasley: Izzah Izzati Istimewa Seperti Azizulhasni Awang
UltraSukan
ACC

Pengarah Teknikal Persatuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (PKBM), John Beasley menyifatkan pencapaian yang dilakar Nurul Izzah Izzati Mohd Asri sebagai istimewa.

Saingan Asian Track Cycling Championships (ACC) 2025 yang menutup tirainya baru-baru ini menyaksikan nama pelumba berusia 21 tahun itu menjadi sebutan peminat Malaysia.

Ad

Ini kerana kejohanan itu menyaksikan Izzah meraih dua pingat emas, satu perak dan satu gangsa. Selain emas dalam acara keirin dan ujian masa 1 kilometer (KM), beliau turut meraih perak dalam acara pecut berpasukan dan gangsa untuk acara pecut individu.

Ad

Beasley percaya sekiranya Izzah kekal konsisten dari segi kayuhannya, tidak mustahil beliau mampu mengikut jejak jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang.

“Saya fikir dia datang dari latar belakang yang bagus. Dia dari Kedah, ibu saudaranya ialah jurulatih beliau dan beliau melakukan satu tugas yang bagus membentuk Izzah,” katanya kepada Nadi Arena.

Ad

“Jadi, bagi kita itu tidak mengambil masa lama untuk menggilap (bakatnya) dan menunjukkan kualitinya. Dan beliau menyerlah seperti sebutir berlian yang bersinar.

Ad

“Dia cukup istimewa seperti Azizul. Anda tidak akan jumpa ramai pelumba seperti mereka tetapi bila anda jumpa, mereka sangat bagus.”

Ad

Fokus kem berbasikal trek negara selepas ini ialah saingan UCI Nations Cup di Konya, Turkiye dari 14 hingga 16 Mac ini.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments