Advertising
Jurulatih Eropah Dijangka Perkuat Melaka FC Musim Hadapan
MakanBola
Facebook/Pedro Hipolito

Selepas memperkenalkan logo baru kelab dua hari lepas, Melaka FC seterusnya telah mengenalpasti jurulatih asing yang bakal mengemudi pasukan untuk saingan Liga Malaysia musim hadapan. Dan nama Pedro Hipolito dicanang sebagai pengemudi baru pasukan berkenaan.

Perkhabaran Melaka FC bakal melantik Hipolito sebagai jurulatih didedahkan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam menerusi ciapan Twitternya. Dia pernah mewakili Portugal di peringkat remaja dan menghabiskan kariernya bersama beberapa kelab tidak ternama negara berkenaan.

Selepas menggantung but pada 2007, Hipolito kemudiannya dilantik sebagai jurulatih GD Joane dari 2013 hingga 2014. Selain Joane, dia juga pernah melatih Atletico CP, IBV (Iceland), Fram Reykjavik (Iceland) dan Naestved Boldklub (Denmark).

Ad

Sebelum ini, Melaka FC sudah menyenarai pendek beberapa orang jurulatih bagi mengisi kerusi panas kelab berkenaan. Sekiranya Hipolito sah dilantik sebagai jurulatih, maka dia perlu merealisasikan sasaran pasukan untuk kembali ke Liga Super seawal 2024.

Ad