Selepas berdepan kemungkinan kehilangan tiga tonggak untuk saingan Piala AFF 2022, jurulatih Thailand Alexander Polking bakal mengeluh lagi.
Ini selepas bek kanan Thailand dan kapten Buriram United, Narubadin Weerawatnodom diumumkan bakal menyertai sesi latihan dengan juara EPL 2015/2016, Leicester City pada Disember ini.
Disebabkan tempoh latihan bermula pada Disember, Weerawatnodom dijangka tidak akan menyertai pasukan Gajah Perang untuk saingan Piala AFF 2022.
Ini sudah pasti menyukarkan perancangan Polking membentuk skuad kebangsaan yang mantap dan boleh mempertahankan Piala AFF yang dimenangi dalam edisi sebelumnya.
Sebagai alternatif, Polking boleh memanggil Tristan Do (Bangkok United) atau Kevin Roller (Port F.C) sebagai pengganti Weerawatnodom di posisi bek kanan.
Yang pasti, kehadiran Weerawatnodom untuk sesi latihan Foxes turut mengundang tanda tanya dalam kalangan penyokong Leicester.