Advertisement
Kapten Thailand Keracunan, Berisiko Disisihkan Ke Qatar
Asia
MakanBola
Changsuek

Satu lagi perkhabaran kurang baik dibawa oleh kem Thailand selepas kapten pasukan mengalami keracunan beberapa hari sebelum ke Qatar.

Skuad Gajah Perang sudah pun mengumumkan senarai 26 orang pemain ke kejohanan berprestj Asia itu dengan nama kapten pasukan, Terrathon Bunmathan bakal mengetuai cabaran Thailand.

Skuad kendalian Matasada Ishii sudah pun menerima tamparan hebat selepas dua pemain lagenda Thailand, Chanatip Songkrasin dan Teerasil Dangda terpaksa disisihkan akibat kecederaan.

Khabar duka sekali lagi melanda kem Thailand selepas Teerathon difahamkan mengalami keracunan makanan ketika membantu pasukannya, Buriram United berdepan Bangkok United.

Menerusi beberapa laporan dari Thailand, pemain berusia 30 tahun itu mengalami keracunan makanan dan muntah ketika aksi sedang berlangsung.

Beliau bagaimanapun masih dapat meneruskan permainan dan membantu Buriram United untuk memberi kelalahan pertama kepada Bangkok United musim ini.

Senarai akhir 26 skuad Thailand itu turut disertai beberapa pemain seperti penjaga gol, Patiwat Khammai (True Bangkok United), Siwarak Tedsungnoen (Buriram United).

Selain itu, dua penyerang yang berpotensi besar iaitu Suphanat Mueanta (OH Leuven) dan Teerasak Poeiphimai (Port FC) turut dipanggil dengan kepulangan Supachai Jaided (Buriram United) pastinya membantu untuk memperkasakan skuad Thailand.

Thailand akan membuka kempen Piala Asia berdepan pasukan ke-98 dunia, Kyrgyzstan pada 16 Januari 2024 jam 10:30 malam.