Keadaan Soh Wooi Yik Resahkan Kem Badminton Malaysia
UltraSukan
Olympic Malaysia/Astro Arena
Sponsors

Situasi kecederaan pemain beregu lelaki negara, Soh Wooi Yik tampak menggusarkan kem badminton Malaysia.

Wooi Yik yang berpasangan bersama Aaron Chia telah mengumumkan penarikan diri dari Japan Open akibat kecederaan yang dialami oleh pemain berusia 26 tahun itu.

Ad
Sponsors

Kecederaan yang menimpa Wooi Yik di kaki kanan berlaku ketika aksi suku akhir Sukan Olimpik Paris 2024 berdepan jaguh dari India, Chirag Shetty-Satwiksairaj Rankireddy.

Ad

Menurut Rexy Mainaky selaku Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), setelah diperiksa, Wooi Yik mengalami keretakan di bahagian jari kaki kanan.

”Jari kedua dari hujung di sebelah kaki kanan kalau tidak salah saya, memang ada sedikit retak. Kalau ikutkan hasil (pemeriksaan), dia perlukan masa yang lama untuk pulih.”

Ad

Meskipun dijangka memakan masa yang lama untuk pulih, Rexy masih perlu menunggu laporan dari pihak perubatan agar Wooi Yik dapat kembali beraksi dalam masa terdekat.

Ad

”Kami masih menunggu rawatan penuh dan menunggu saranan doktor,” ujar Rexy kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.

Ad

“Kami sedang berusaha agar dia dapat beraksi dalam Terbuka Hong Kong, tapi masih belum pasti,” tambah jurulatih kelahiran Indonesia itu.

Menerusi hantaran oleh wartawan Astro Arena, Zaki Zainal menyaksikan kaki kanan Wooi Yik dibalut menyebabkan bekas juara dunia itu berjalan secara terhencut-hencut.

Soh Wooi Yik dan Aaron Chia merupakan pasangan beregu lelaki nombor satu negara dan baru-baru ini mereka telah menghadiahkan pingat gangsa di Olimpik Paris buat kem negara.