Kedah Buat Kejutan Sambar Manuel Hidalgo
Dunia
Sri Pahang FC
Advertisements

Kedah Darul Aman FC membuat kejutan apabila mengumumkan pemain sayap Sri Pahang, Manuel Hidalgo sebagai pemain import terbaru mereka bagi musim 2023.

Kemasukan Hidalgo, pemain lincah berusia 24 tahun dari Argentina ke dalam skuad sang kenari bimbingan Nafuzi Zain sama sekali tidak diduga terutamanya oleh penyokong Sri Pahang malah pastinya ramai yang masih tidak percaya telah kehilangan sentuhan kreatifnya.

Ini kerana dia tanpa ragu telah menjadi antara pemain paling penting skuad tok gajah dan berjaya menambat hati penyokong sehingga dilabel sebagai import terbaik berjaya direkrut oleh pihak pengurusan Sri Pahang dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

Advertisements

Apatah lagi, Manuel Hidalgo sendiri sebelum ini pernah memberitahu akan terus kekal di Darul Makmur memandangkan masih mempunyai kontrak setahun dengan Sri Pahang dan melaungkan azam mahu membantu pasukan itu bangkit musim ini.

Apa yang mungkin mendorong Hidalgo untuk berpindah secara tiba-tiba selepas dua musim membina nama dan reputasi bersama Sri Pahang, sudah tentunya menjadi tanda tanya.

Selain Manuel Hidalgo, Kedah turut mengumumkan kemasukan Willian Lira Sousa dan juga Bojan Ciger selepas sah mendapatkan khidmat Manny Ott, Amirbek Jurobaev dan Alan Robertson bagi memperkuatkan pasukan musim hadapan.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram