Kekal Atau Tinggalkan Selangor? Ini Jawapan Faisal Halim
Liga Super
Selangor FC
Advertisements

Pemain sayap pasukan Selangor FC, Faisal Halim membuka mulut mengenai masa depannya bersama pasukan bagi musim 2024.

Pemain berusia 25 tahun itu menikmati musim cemerlang bersama The Red Giants apabila membantu pasukan untuk layak ke pentas Asia musim hadapan.

Anak buah Tan Cheng Hoe akan beraksi di pentas Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) sebagai wakil tunggal Malaysia sementara Johor Darul Ta’zim (JDT) akan beraksi di Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE).

Advertisements

Spekulasi mengenai masa depannya mula menjadi tanda tanya selepas tular satu video yang memaparkan beliau menjawab pertanyaan peminat.

“Kena tanya bos,” ujarnya tentang masa depannya.

Advertisements

Menerusi satu temu bual oleh wartawan MakanBola, Azri Haziq, Faisal memberitahu bahawa beliau amat gembira dan bersyukur selepas berjaya membantu Selangor untuk layak ke Asia.

Beliau memaklumkan bahawa keputusan untuk kekal atau tidak bersama kelab Lembah Klang tersebut adalah terletak di tangan pengurusan.

Advertisements

“Selangor pada musim ini berada pada momentum terbaik. Kita perlu memperbaiki untuk tahun hadapan, sekiranya saya kekal bersama Selangor. Saya berjaya menjaringkan 12 gol pun hasil kerjasama berpasukan.”

“Saya gembira apabila dapat membantu pasukan dan mencapai sasaran untuk layak ke Asia. Apa-apapun. kita kena tunggu keputusan daripada bos saya juga,” jelasnya kepada MakanBola.

Advertisements

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr. Johan Kamal telah memaklumkan bahawa perbincangan mengenai lanjutan kontrak buat pemain yang disapa Mickey ini sedang berjalan.

Walau bagaimanapun, masih terdapat beberapa butiran yang sedang dibincangkan sebelum kata putus dapat diberikan kepada pemain ini.

Video penuh: Jawapan Faisal Halim

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram