Kelantan Diberi Peluang Akhir Sehingga 8 Mei
Liga M3
TRW Kelantan FC
Advertisements

Nasib pasukan Kelantan masih belum selamat meskipun sudah mengesahkan tempat dalam saingan Liga A1 Semi Pro.

Sebelum ini pihak Amateur Football League (AFL) yang diwakili oleh pengerusi, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi dan Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Raimi Fakri Mohd Fuad menjelaskan dua sebab Kelantan FC dibenarkan untuk bermain di Liga A1 Semi Pro musim ini.

Walau bagaimanapun, pasukan yang dimiliki oleh Norizam Tukiman itu perlu menyelesaikan beberapa syarat untuk membolehkan mereka meneruskan aksi, salah satunya adalah syarat pendaftaran pemain.

Advertisements

Menurut Mohd Raimi Fakri, pasukan Kelantan FC perlu mendaftarkan sekurang-kurangnya 20 pemain seperti yang telah ditetapkan oleh pihak AFL, jika tidak kelab Pantai Timur ini berdepan kemungkinan untuk disingkirkan.

“Kita punya peraturan kena daftarkan 20 pemain minimum dan (kita tahu) Kelantan sekarang ini dikenakan sekatan. Kalau mereka tak boleh daftarkan pemain, kita akan pertimbangkan (untuk gugurkan Kelantan),” katanya ketika Majlis Penjenamaan Semula Nama dan Logo Pertandingan Anjuran AFL.

Pihak AFL telah sepakat untuk menetapkan 8 Mei hadapan sebagai tarikh akhir buat Kelantan FC bagi menyelesaikan proses pendaftaran pemain yang turut melibatkan sekatan perpindahan oleh FIFA.

Advertisements

”Tempoh (pendaftaran pemain) jika diikutkan tempoh yang diberikan buat pasukan Kelantan adalah sehingga 8 Mei manakala pasukan lain ditutup pada 30 Mei,” tambahnya pada majlis yang berlangsung di Hotel Armada, Petaling Jaya.

Langkah memberikan tarikh sedikit awal buat Kelantan berbanding pasukan lain adalah bagi memudahkan pihak AFL menentukan keputusan seterusnya sekiranya The Red Warriors gagal mendaftarkan 20 orang pemain.

“Kelantan kita beri (tarikh) awal supaya kita ada persediaan awal sekiranya mereka tak mampu cukupkan 20 pemain, jadi kita boleh gugurkan (Kelantan) sama ada dengan mencari pasukan ganti atau kekalkan 15 pasukan.”

Advertisements

Saingan Liga A1 Semi Pro 2024/2025 bakal membuka tirai pada Jun 2024 dengan 16 pasukan akan berjuang hebat bagi merebut kejuaraan dari juara bertahan musim lalu, Imigresen FC.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram