Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bakal berdepan tiga kelab Liga Super untuk pra-musim 2025/26.
Perkara ini dinyatakan presiden kelab berkenaan, Nik Hafiz Naim Nik Hassan apabila ditanya tentang persiapan pasukan Pantai Timur itu.
Nik Hafiz memaklumkan tiga pasukan yang akan menguji kekuatan anak buah Irfan Bakti Abu Salim itu ialah Terengganu FC, Negeri Sembilan FC dan Penang FC.
“Selepas lawan Terengganu pada 4 Julai, kami akan ke Kuala Lumpur untuk jumpa Melaka, Negeri Sembilan dan bertemu Penang apabila balik ke Kelantan.
“Kami percaya dengan perancangan Irfan Bakti dan yakin mampu layak ke Liga Super musim depan,” katanya seperti dilaporkan Stadium Astro.
Kelantan RW sudah diperkuatkan dengan kehadiran beberapa pemain berpengalaman seperti Zuasyraf Zulkiefle, Muhaimin Izzudin dan Faiz Nasir.
Pendatang baru Liga A1 Semi-Pro itu akan membuka kempen pra-musim dengan menentang Peteh pada 4 Julai ini.