Advertisements
Kelibat Tan Cheng Hoe Raikan Kemenangan Bersama Pemain JDT Curi Perhatian
ACL
MakanBola
Johor Southern Tigers

Kelibat bekas pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe yang meraikan kemenangan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Selasa telah mencuri perhatian para peminat.

Tan Cheng Hoe mula membimbing skuad kebangsaan pada penghujung 2017 dan berjaya membantu Malaysia muncul naib juara Piala AFF Suzuki pada tahun 2018 setelah tewas di tangan Vietnam.

Pada awal tahun 2022, Cheng Hoe melepas jawatan selaku jurulatih skuad negara dan diumumkan sebagai pengendali baharu Selangor pada September bagi menggantikan tugas Michael Feichtenbeiner.

Semusim bersama Selangor, Cheng Hoe berjaya mengemudi skuad Gergasi Merah meraih gelaran naib juara Liga Super 2023 sekaligus merealisasikan hasrat peminat untuk layak beraksi di pentas Asia.

Walau bagaimanapun, jodoh Cheng Hoe bersama Selangor tidak panjang apabila pengendali kelahiran Kedah ini memilih untuk berkelana ke Thailand untuk bersama Police Tero pada Februari 2024.

Daripada 11 perlawanan, Cheng Hoe dan Police Tero hanya mencatat 2 kemenangan, 3 keputusan seri dan 6 kekalahan, menyaksikan The Silver Shield Dragons tersingkir dari pentas Thai League 1.

Cheng Hoe kemudiannya meninggalkan Police Tero setelah kontrak beliau tamat pada Jun 2024 dan bergelar ejen bebas sehingga dikaitkan dengan beberapa jawatan bersama kelab di Liga Malaysia.

Terbaharu, menerusi satu foto yang dimuat naik oleh Johor Southern Tigers, menyaksikan kelibat Cheng Hoe dikesan meraikan kemenangan JDT dalam saingan AFC Champions League Elite (ACLE).

Kelibat Cheng Hoe dilihat berada di hujung sebelah kanan gambar berkenaan sekaligus menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat mengenai peranan pengendali itu bersama juara Liga Super 10 kali itu.

Skuad Harimau Selatan berjaya merekodkan kemenangan 3-0 ke atas juara K-League, Ulsan HD hasil jaringan Arif Aiman, Oscar Arribas dan juga ayam tambatan, Bergson Da Silva.

Kemenangan penting ini meletakkan JDT di tangga ketiga carta ACLE Zon Timur dengan tujuh mata daripada empat perlawanan, berada di laluan tepat untuk mara ke peringkat seterusnya.