Kemboja dijangka memberikan cabaran sengit dengan membawa 3 pemain berdarah Jepun menentang Malaysia.
Harimau Malaya berada dalam momentum cemerlang apabila diundi bersama Kemboja,Timor Leste, Thailand dan Singapura bagi aksi Piala ASEAN Mitshubishi Electric.
Malaysia baru sahaja melakar kemenangan 3-1 ke atas Laos sebelum berjaya mengikat pasuka n ke-125 dunia, India dengan keputusan 1-1.
Skuad kebangsaan bakal berdepan Kemboja pada aksi pertama namun lawan kini mempertaruhkan 6 pemain naturalisasi tahap tinggi bagi mengekang cabaran negara.
Tiga pemain naturalisasi Jepun iaitu Yudai Ogawa (28), Hikaru Mizuno (33) dan juga Takaki Ose (29) manakala tiga lain pemain naturalisasi iaitu Abdel Kader Koulibaly (31), Rafael Andres (28) dan juga Faeez Khan (32).
Harimau Malaya pula mempertaruhkan 9 pemain warisan dan naturalisasi termasuklah Daniel Ting, Declan Lambert, Endrick, Sergio Aguero, Stuart Wilkin dan juga Daryl Sham.
Antara penyerang warisan dan naturalisasi yang dibawa ialah Paulo Josue, Darren Lok juga Fergus Tierney.
Malaysia menang kesemua 5 perlawanan terakhir menentang Kemboja dengan kali terakhir bertemu pada tahun 2022.
Aksi antara Kemboja vs Malaysia dijadualkan pada 8 Disember di Stadium Olimpik, Phnom Penh.