Advertisements
KFC Kini Dibuka Di Stadium Sultan Ibrahim
Bisnes
MakanBola
JST

Kentucky Fried Chicken (KFC) secara rasminya dibuka kepada umum hari ini di Stadium Sultan Ibrahim sekaligus menjadi francais makanan ke-2 dibuka di stadium berkenaan selepas Woodfire.

April lalu, Johor Southern Tigers mengumumkan francais makanan segera antabangsa tersebut bakal dibuka di Stadium Sultan Ibrahim.

Dalam satu hantaran terbaru di JST, kelihatan orang ramai menyerbu gerai berkenaan berikutan hari ini juga bakal berlangsung perlawanan separuh akhir ke-2 Piala Malaysia melibatkan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Sabah.

Menerusi tinjauan yang dilakukan di laman JST, rata-rata penyokong JDT sambut baik pembukaan KFC ini yang memberikan lebih banyak pilihan kepada penyokong yang hadir ke stadium pada hari perlawanan.