Advertisement
Kim Pan-gon Kekal Positif, Fokus Aksi Di Bukit Jalil
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon tidak mahu menyalah keadaan susulan kecewa di tangan Oman dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026.

Pengendali kelahiran Korea Selatan itu membantu Harimau Malaya merekodkan dua kemenangan menentang Kyrgyzstan dan juga Chinese Taipei.

Aksi skuad negara bagaimanapun tidak berterusan menjelang pertemuan dengan Oman apabila tewas dengan keputusan 2-0.

Mengulas lanjut, beliau memilih untuk tidak menyalahkan keadaan dan fokus untuk memperbaiki persembahan pasukan menjelang aksi berikutnya.

“Ini adalah perlawanan yang sukar. Saya memnta maaf kepada rakyat Malaysia kerana tidak dapat menghadiahkan kemenangan. Pemain sudah lakukan sebaiknya apa yang mereka boleh lakukan.”

“Kita akan segera menilai kelemahan kita bagi aksi seterusnya. Saya tidak boleh menyalahkan keadaan semasa (tiada aksi liga) kerana secara strateginya kita gagal. Kita tidak boleh jadikan sesuatu keadaan sebagai alasan.”

Pan-gon juga yakin para pemain sudah memberikan yang terbaik dan mahu kekal positif menjelang aksi berikutnya.

“Pemain dan barisan kejurulatihan akan menilai semua situasi untuk aksi akan datang. Kita cuba terbaik menentang pasukan hebat seperti Oman yang menurunkan kesebelasan terbaik.”

“Sekiranya kita mahu layak bersama 18 pasukan terbaik, pasukan perlu mengutip mata bagi aksi berikutnya. Pemain sentiasa memberikan permainan terbaik dan usaha yang tidak berbelah bahagi,” ujarnya kepada FAM.

Kekalahan itu menyaksikan Malaysia turun dua tangga ke kedudukan 134 dunia dengan 1103 mata berdasarkan kemas kini masa-nyata FIFA.

Malaysia akan bertemu Oman sekali lagi di laman sendiri pada 26 Mac 2024 jam 10 malam.

Baca penuh: Malaysia vs Oman