KL City Bakal Sambar Tchetche Kipre?
Dunia
terengganufc.com
Advertisements

Selepas namanya diumumkan sebagai sebahagian daripada 12 orang pemain yang dilepaskan Terengganu, ramai menyangka jodoh Tchetche Kipre dengan Liga Malaysia sudah berakhir. Tetapi nampaknya, jodoh penyerang Ivory Coast itu masih panjang selepas KL City dikhabarkan semakin hampir mendapatkan khidmatnya untuk saingan liga musim depan.

Khabar angin ini didedahkan oleh wartawan sukan The Star, T. Avineshwaran dalam satu ciapan di Twitter. Sekiranya perpindahan ini bakal menjadi kenyataan, Kipre bakal membentuk keserasian dengan ayam tambatan City Boys di bahagian serangan, Romel Morales. Selain bekas penyerang Kedah dan Terengganu itu, skuad bimbingan Bojan Hodak itu dikatakan bakal mengikat khidmat bekas pemain import Melaka United dari Filipina, Patrick Reichelt.

Pemain berdarah Jerman-Filipina itu mampu beraksi di bahagian sayap atau sebagai penyerang. Walaupun sudah berusia 34 tahun, keupayaan Reichelt beraksi di posisi berbeza dapat membantu Hodak mengubah strategi permainan KL City termasuk sebagai sokongan kepada Morales dan Kipre. Bekas pemain Global FC itu juga pernah tampil dalam tiga edisi Piala AFF dan membantu Filipina layak ke Piala Asia buat kali pertama pada 2019.

Advertisements

Selain Kipre dan Reichelt, KL City juga dikatakan mengintai khidmat pemain sayap Perak, Firdaus Saiyadi dan bekas bek kiri Negeri Sembilan, Khair Jones. Saiyadi dilihat dapat menjadi pemain sokongan untuk Fakrul Aiman dan J. Partiban. Sementara Khair pula diharap dapat menjadi pemain sokongan kepada Declan Lambert yang beraksi di bek kiri.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram