KL City Umum Kepulangan Sean Gan Giannelli
Dunia
KL City FC
Advertisements

Skuad KL City yang dibimbing Bojan Hodak terus diperkukuhkan menjelang saingan Liga Super pada akhir Februari ini. Terbaru, Sean Gan Giannelli menyertai semula City Boys selepas berpindah ke Sri Pahang pada musim lepas.

Perpindahan bekas pemain akademi kelab Itali, Arezzo itu diumumkan kelab menerusi laman media sosial mereka hari ini.

Mampu beraksi di bahagian tengah dan serangan, kepelbagaian yang dimiliki Sean dapat menambah keampuhan KL City di dua bahagian berkenaan.

Advertisements

Musim lepas, dia beraksi sebanyak 13 kali bersama skuad Tok Gajah dalam semua kejohanan termasuk Piala Malaysia. Bagaimanapun, pengurusan Sri Pahang memilih melepaskannya bersama lapan pemain lain termasuk dua pemain import, Mamadou Samassa dan Steven ‘Titi’ Rodriguez.

Selain Sean, KL City turut mengesahkan perpindahan pemain sayap Kedah, Firdaus Saiyadi hari ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram