Korea Selatan Belasah Indonesia Lagi Sekali

PSSI Korea Selatan Belasah Indonesia Lagi Sekali
PSSI
Alif Syazani @SyazaniAlif
11:35pm 29/03/2022

Timnas Indonesia sekali lagi terpaksa akur dengan kekuatan gergasi Asia, Korea Selatan selepas tewas dengan keputusan 1-5.

Hasrat Timnas Indonesia untuk kembali bangkit daripada kekalahan sebelum ini tidak kesampaian. Namun, Indonesia berjaya mengurangkan defisit gol berbanding perlawanan pertama sebelum ini.

Ini merupakan jelajah Korea Selatan 2022 yang diatur oleh Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) bagi memberi pendedahan kepada pemain muda negara. Ianya satu langkah yang positif dilakukan PSSI.

Jaringan gol tunggal ini cukup memberi makna buat pemain-pemain muda yang rata-rata berumur 20 tahun kebawah. Ianya satu pendedahan yang baik untuk menimba pengalaman.