Advertisement
Kualiti & Persaingan Hebat Liga Malaysia Lonjak Prestasi Harimau Malaya
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Persaingan hebat yang berlaku antara pasukan di Liga Super Malaysia telah melonjakkan prestasi skuad kebangsaan Harimau Malaya menjelang sepak mula Piala Asia di Qatar.

Prestasi memberangsangkan pasukan bimbingan Kim Pan-gon semakin terserlah apabila Malaysia berjaya mengikat dua pasukan kelompok 100 terbaik dunia iaitu China dan Syria.

Perkara ini malah terus terbukti apabila pemain negara berjaya meledak tiga gol dalam dua penampilan sekaligus membuktikan mentaliti para pemain pada tahap tertinggi ketika ini.

Kualiti yang dipamerkan oleh pasukan kebangsaan ini bertitik tolak daripada kecemerlangan saingan liga tempatan antara setiap pasukan.

Analisis juga dikongsikan oleh sebuah akaun RimauXI yang melihat terdapat keberanian dalam diri pemain untuk berdepan lawan yang lebih kuat.

“Liga M bukanlah cikai sangat. Tengok cara Akhyar move the ball forward. Takdepun takut-takut, nak pass ke belakang.”

“Tengok cara Faisal move into space, kemudian shoot. On target & goal. 2-2 main di Liga M. Lawan pasukan ranking ke-80 dunia.”

Percaturan cemerlang pengendali kelahiran Korea Selatan itu juga merupakan titik penting yang mengubah wajah yang ditampilkan oleh Malaysia.

Berdasarkan panggilan ke kem kebangsaan September ini, ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon telah memilih 24 orang pemain yang beraksi di Liga Malaysia.

Hanya dua pemain dari liga berbeza dipanggil iaitu kapten Malaysia, Dion Cools dan Junior Eldstal yang beraksi di Dewa United.

Seramai 10 pemain beraksi buat JDT, 5 pemain Sabah, 4 Pemain Selangor, 3 pemain Sri Pahang dan seorang pemain masing-masing dari Kedah Darul Aman dan KL City FC.

Keputusan yang diperoleh menentang Syria dan China itu juga membantu Malaysia untuk mengukuhkan kedudukan di tangga ke-136 dunia setakat ini.