Advertising
Kunlavut Vitidsarn Bongkar Kekuatan Utama Lee Zii Jia
UltraSukan
BA Thailand/Olympics Malaysia
Sponsors

Juara dunia 2023, Kunlavut Vitidsarn merungkai kekuatan yang dimiliki oleh jaguh perseorangan lelaki Malaysia, Lee Zii Jia.

Kunlavut dan Zii Jia mengharungi musim yang cemerlang pada tahun ini apabila masing-masing berjaya merangkul pingat perak dan gangsa di Sukan Olimpik Paris yang lalu.

Ad

Walau bagaimanapun, pada aksi World Tour Finals minggu lalu, kedua-dua pemain tersingkir di peringkat kumpulan dengan Zii Jia terpaksa menarik diri akibat kecederaan.

Ad

Hubungan rapat kedua-dua pemain juga dapat dilihat ketika Kunlavut sempat mendoakan agar Zii Jia berjaya membawa pulang pingat gangsa di Paris setelah bertemu di separuh akhir.

Ketika ditanya mengenai pemain yang mempunyai pukulan kilas terbaik, Kunlavut tanpa ragu-ragu memilih Zii Jia dan menganggap itu merupakan kekuatan pemain berasal dari Kedah itu.

Ad

”Pemain dengan pukulan kilas terbaik? Lee Zii Jia,” pilih Kunlavut dalam satu video soal jawab oleh CTGN Sports Scene.

Ad

Selain Zii Jia, pemain berusia 23 tahun ini turut mengangkat lagenda badminton Malaysia, Datuk Lee Chong Wei sebagai pemain yang memiliki pukulan smash paling kuat pilihannya.

Ad

Video ini merupakan sebahagian daripada promosi awal bagi kejohanan jemputan King’s Cup anjuran oleh bekas bintang badminton dunia, Lin Dan bermula 27 Disember ini.

Enam pemain perseorangan yang bakal menyertai kejohanan ini adalah Kunlavut Vitidsarn, Ng Ka Long, Anders Antonsen, Alex Lanier, Loh Kean Yew dan Lakshya Sen