Aksi saingan kelayakan Piala Asia 2027 malam ini menyaksikan Laos peroleh tiga mata berharga menewaskan Nepal di laman sendiri.
Ini merupakan aksi kedua buat Laos dan Nepal tewas bagi aksi pembukaan sebelum ini ke atas Vietnam dan Malaysia tempoh hari.
Laos membuka jaringan menerusi pemain tengah, D.Thongkamsav pada minit ke-13 permainan. Separuh masa pertama kekal dengan keputusan Laos 1-0 Nepal.
Pada minit ke-51, Laos menggandakan jaringan kedua menerusi penyerang muda, Peter Phanthavong.
Nepal berjaya membuka jaringan pertama Pada minit ke-73, menerusi sepakan penalti yang diambil oleh penyerang, Manish Dangi.
Minit masa tambahan yang diberi tidak mampu mengubah keputusan perlawanan, Laos 2-1 Nepal.
Selepas ini, Laos akan hadapi Malaysia dan Nepal akan berdepan Vietnam pada bulan 10 ini. Laos kini berada di tangga ketiga liga dengan 3 mata dan Nepal kekal tanpa sebarang mata.