Blog
FB : JohorSouthersTigers, AzlanSemboi, MieRudy & MuhammadAmmar
Advertisements

Pablo Aimar adalah legenda Argentina yang merupakan idola Lionel Messi (Leo Messi) ketika zaman remaja. Messi terinspirasi dengan cara permainan dan mengikuti karier bekas pemain import JDT itu semenjak Aimar memulakan karier awalnya di River Plate FC. 

Pablo Aimar, bekas pemain kebangsaan Argentina ini pernah mencetuskan fenomena bola sepak tempatan apabila beliau menandatangani kontrak bersama Johor Darul Ta’zim pada tahun 2013. Perjanjian selama 5 tahun itu dipercayai berjumlah 7.2 Juta Ringgit semusim sekaligus menjadikan Aimar sebagai pemain termahal Liga Malaysia ketika itu.

Perpindahan tersebut menjadi bualan ramai apabila mendapat liputan hangat dari media tempatan dan media antarabangsa. Namun, ekoran daripada kecederaan yang dialaminya, Aimar hanya beraksi sebanyak 8 penampilan bersama Harimau Selatan dan menjaringkan dua gol. 

Advertisements

Dalam satu kenyataan rasmi Barcelona pada awal pagi tadi, Messi secara rasmi akan meninggalkan kelab itu ekoran masalah kewangan. Kini hanya ada satu kelab yang mampu membawa masuk Leo Messi secara sah iaitu Paris Saint Germain (PSG). 

Ramai peminat bola sepak tempatan juga beranggapan bahawa Lionel Messi sepatutnya ikut jejak langkah idola beliau iaitu Pablo Aimar, datang ke Malaysia dan bermain untuk JDT. Kita maklum JDT merupakan kelab terkaya di Malaysia, akan tetapi ia bukanlah satu proses yang mudah.

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim, TMJ sebelum ini pernah bertemu bintang dunia itu ketika menerima undangan ke rumah bintang Barcelona, Gerard Pique pada tahun 2018. Tunku Ismail juga menerima jemputan khas bagi menyaksikan sesi latihan pasukan Barcelona FC dan berkesempatan untuk bertemu dan beramah mesra bersama Lionel Messi pada ketika itu. Pertemuan itu hanyalah sebagai lawatan dan tidak ada sebarang rundingan yang berlaku. 

Advertisements

Messi ke Kedah, Terengganu atau Sabah FC ? 

Gambar yang tular di media sosial sekitar hari ini merupakan gambar yang telah disunting oleh para peminat pasukan bola sepak masing-masing. Ia merupakan sebahagian ragam ketika ada yang mengimpikan perpindahan Lionel Messi itu akan berlaku, sebaliknya sebagai peminat kita perlulah bersikap realistik dalam menilai sesuatu isu. Perpindahan bintang dunia itu bukanlah satu hal yang mudah, ditambah pula dengan gaji yang harus ditanggung oleh kelab membuatkan perpindahan Messi ke Liga Super dilihat sebagai perkara yang mustahil.

8174E549 685A 4FE6 A389 0962658A752D Mustahil Untuk Leo Messi Sertai Pasukan Liga Super
Kredit : Muhammad Ammar

Sementara itu, pasukan yang sentiasa menjadi mimpi ngeri buat JDT, Terengganu FC juga diura-urakan oleh peminatnya untuk memancing Messi. Sungguhpun gambar-gambar yang telah disunting itu melibatkan pasukan-pasukan seperti Kedah dan juga Sabah, namun ia hanyalah sekadar penambah rencah dalam dunia bola sepak tempatan memandangkan ada juga pemain berkelas dunia lain seperti Sergio Ramos dan juga N’golo Kante yang pernah dikaitkan ke pasukan Hijau Kuning sebelum ini.

Advertisements
Kredit : Mie Rudy

Sungguhpun sebelum ini, TMJ ada menyatakan hasrat untuk membawa nama besar ke JDT seperti Alexandre Pato, namun sudah pasti pemain-pemain seperti ini melihat kepada tawaran yang lebih berbaloi dengan status mereka. Semoga bola sepak tanah air terus maju dan semoga Lionel Messi selesa di tempat baru.

https://twitter.com/lscomps/status/1423342286335840266?s=21
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram