Lesen Pro FIFA Halangan Mai Duc Chung Ke Piala Dunia Wanita 2023
Dunia
Mai Duc Chung/Lam Thoa/VnExpress
Advertisements

Ada saja aral yang membelenggu pasukan bola sepak wanita Vietnam selepas layak ke Piala Dunia Wanita 2023. Jurulatih mereka Mai Duc Chung mahu bersara selepas Sukan SEA 2022. Dan jika Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) dapat memujuknya untuk menangguhkan keputusan itu, satu lagi halangan menanti: Lesen Kejurulatihan Pro FIFA.

Mengikut peraturan FIFA, seseorang jurulatih kebangsaan perlu mempunyai Lesen Pro FIFA jika mengendalikan pasukan ke Piala Dunia. Tetapi faktor kesuntukan masa dan Covid-19 dijangka menyukarkan usaha Chung mendapatkan lesen berkenaan. Piala Dunia Wanita dijangka diadakan di Australia dan New Zealand pada tahun hadapan.

Sebelum ini, masalah sama turut berlaku untuk kejohanan Piala Asia Wanita 2022 (acara kelayakan ke Piala Dunia Wanita 2023). Ini kerana jurulatih pasukan kebangsaan perlu mempunyai lesen sama untuk mengendali pasukan mereka dalam kejohanan itu. Bagaimanapun, ia dapat diatasi berikutan peraturan kejohanan yang fleksibel.

Advertisements

Situasi ini nyata memeningkan VFF. Ini kerana bagi jurulatih yang mengendalikan pasukan kebangsaan selama lima tahun, mereka hanya memerlukan Lesen A FIFA. VFF ketika ini sedang melihat sama ada wujud kelonggaran bagi membenarkan Chung mengendalikan pasukan wanita untuk temasya tahun hadapan.

Yang pasti, beliau bersikap terbuka terhadap isu ini. Chung bersedia untuk mengundur diri dan membenarkan jurulatih baru menerajui pasukan wanita kebangsaan Vietnam. Pada masa sama, jurulatih berusia 71 tahun itu bersedia untuk kekal sekiranya kesihatannya mengizinkan.

Selain kejayaan layak ke Piala Dunia Wanita 2023 buat kali pertama, Chung turut membantu Vietnam meraih empat pingat emas Sukan SEA untuk acara bola sepak wanita. Beliau masih mempunyai baki kontrak sehingga hujung tahun ini.

Advertisements

Sekiranya FIFA masih bertegas dengan peraturan kejohanan pada tahun hadapan, satu-satunya jalan keluar ialah melantik Chung sebagai pengarah teknikal. Dari situ, beliau boleh melatih mereka sebagai pengarah teknikal.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram