Vietnam Mahu Jurulatih Pasukan Bola Sepak Wanita Tangguh Persaraan
Dunia
Mai Duc Chung/Lam Thoa/VnExpress
Advertisements

Vietnam masih dilanda euforia kerana berjaya layak ke Piala Dunia Wanita 2023. Tetapi seluruh negara dikejutkan dengan berita jurulatih pasukan wanita Mai Duc Chung mengumumkan temasya Sukan SEA pada Mei ini merupakan kejohanan terakhirnya sebagai jurulatih. Bagaimanapun, Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) mahu beliau mempertimbang semula keputusan itu.

Keputusan persaraan itu diumumkan sehari selepas Vietnam layak ke temasya berprestij untuk bola sepak wanita itu. Chung menyatakan faktor umur (beliau kini berusia 72 tahun) dan tekanan kejohanan besar sebagai faktor yang mendorongnya mengumumkan persaraan.

Bagaimanapun, beliau bersedia kekal sebagai penasihat pasukan untuk temasya yang berlangsung pada Julai tahun hadapan. Begitupun, VFF berharap dapat memujuknya untuk mempertimbang keputusan persaraannya demi kebaikan pasukan. Ini kerana kontraknya dengan VFF kekal sehingga akhir tahun ini.

Advertisements

VFF berharap selepas Sukan SEA, kedua-duanya dapat berbincang tentang langkah seterusnya bagi memastikan persiapan pasukan wanita Vietnam ke Piala Dunia Wanita 2023 tidak terjejas. Temasya ini bakal berlangsung di Australia dan New Zealand pada Julai tahun hadapan.

Sebagai ganjaran kerana layak ke Piala Dunia Wanita 2023, pasukan wanita Vietnam diberi insentif kewangan berjumlah AS$594,500 (RM2.48 juta). Insentif ini diberi oleh VFF, kerajaan Vietnam, pihak berkuasa tempatan Hanoi dan syarikat-syarikat swasta.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram