Liga Europa: Manchester United Mudah Tundukkan Omonia
Eropah
Manchester United
Advertisements

Manchester United berjaya bangkit daripada kekalahan 6-3 di tangan Manchester City pada Ahad lepas. Ini selepas Red Devils berjaya mengatasi Omonia Nicosia 3-2 dalam saingan Liga Europa.

Babak pertama menyaksikan United mendominasi perlawanan dengan tuan rumah lebih banyak bertahan. Bagaimanapun, jentera serangan Red Devils gagal memanfaatkan peluang yang terhidang.

Akibatnya, Omonia mendahului pasukan pelawat menerusi serangan balas pantas Karim Ansarifard pada minit ke-33.

Advertisements

Selepas rehat, United cuba bangkit dengan memasukkan Marcus Rashford dan Luke Shaw. Hasilnya, Rashford menyamakan kedudukan menerusi gol cantik pada minit ke-53.

Tidak lama selepas itu, Anthony Martial menambah jaringan pelawat menerusi gol cantik pada minit ke-63. Rashford menambah jaringan Red Devils menerusi tolakan mudah pada minit ke-84.

Tuan rumah merapatkan kedudukan menerusi jaringan Harry Panayiotou seminit selepas itu namun ianya tidak memadai buat tuan rumah yang tewas 2-3 kepada Manchester United.

Advertisements

Manchester United akan berdepan Omonia untuk perlawanan Liga Europa seterusnya di Old Trafford pada 14 Oktober ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram