Liga M Awards: Bergson Pertahan Anugerah Import Terbaik
MakanBola
JOHOR SOUTHERN TIGERS

Penyerang berbisa Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson da Silva meraih Pemain Import Terbaik Liga M Awards 2026 buat kali keempat berturut-turut sejak 2022.

Ayam tambatan berusia 35 tahun itu merupakan pemenang anugerah sama untuk edisi 2022, 2023 dan 2024-25.

Bergson kini merangkul gelaran tersebut buat kali keempat berturut-turut. Beliau berjaya menewaskan dua pencabar iaitu penyerang Selangor FC, Chrigor Moraes dan pemain tengah Kuching City, Petrus Shitembi.

Ramai peminat menganggap Bergson sebagai pilihan utama selepas meledakkan 27 gol dalam saingan Liga Super 2025/26 sekali gus menewaskan Chrigor Moraes (23 gol).

Pencapaian tersebut menyaksikan Bergson memecahkan rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super Malaysia yang dimiliki legenda tanah air, Indra Putra Mahayuddin.

Beliau dinobatkan sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super Malaysia pada 21 September 2025 dengan 106 gol.

Kini, Bergson da Silva telah mengumpul sebanyak 132 gol sepanjang bersama Harimau Selatan dalam kancah Liga Super Malaysia sejak 2021

Musim 2025/26 menyaksikan Bergson meraih gelaran juara Piala Sumbangsih, Piala FA, Piala Malaysia dan Liga Super bersama JDT selain membantu Harimau Selatan mara ke suku akhir ACLE musim lalu.

Beliau dijangka bakal memperkuatkan Harimau Malaya sebagai pemain naturalisasi pada aksi FIFA Asean Cup September depan.