Liga Super: Kuching City Pintas Selangor, Mudah Kalahkan PDRM
MakanBola
MFL

Kuching City menewaskan PDRM dengan keputusan 4-1 dalam aksi minggu ke-22 saingan Liga Super 2025/26 di Stadium Negeri, Sarawak pada Ahad.

The Cats mempertaruhkan Shahril Saa’ri di posisi penjaga gol, Petrus Shitembi sebagai kapten pasukan, manakala Ronald Ngah menjadi sandaran utama di jentera serangan.

PDRM pula meletakkan Hakeem Hamidun sebagai benteng terakhir, Park Tae-su memimpin pasukan selaku kapten, manakala gandingan berbisa Fadi Awad & Fakhrul Azim dijadikan ayam tambatan serangan.

Kuching City dilihat memulakan perlawanan dengan tempo yang tinggi bagi memburu jaringan pembukaan.

Kuching City meledak gol pertama aksi hasil jaringan cantik oleh penyerang berbisa, Ronald Ngah Wanja pada minit ke-2 perlawanan sekali gus memberikan kelegaan kepada kem pasukan beliau.

Memasuki minit ke-35 kedudukan masih didahului oleh pasukan tuan rumah, The Cats dengan satu jaringan meskipun The Cops dilihat meningkatkan intensiti permainan bagi mencari gol penyamaan.

Akhirnya, pemain PDRM, Amirul Waie berjaya mencipta jaringan penyamaan pada penghujung separuh masa pertama.

Jaringan tersebut memastikan babak pertama tamat dengan keputusan terikat seri 1-1 bagi kedua-dua pasukan.

Bersambung ke babak kedua, The Cats dilihat meningkatkan intensiti perlawanan bagi mencari gol tambahan aksi.

Kuching City tampak terus menerus menguasai perlawanan dengan melakukan lambakan percubaan berbahaya menerusi Ramadhan Saifullah.

Ramadhan Saifullah meledak gol kedua The Cats pada minit ke-48 menerusi sepakan percuma sekali gus menjarakkan defisit 1 gol dalam tempoh baki 40 minit terakhir. Beliau meneruskan aksi cemerlang dengan merobek gol ketiga aksi ini pada minit ke-63 perlawanan.

Kuching City menambah derita pasukan PDRM dengan meledak gol keempat aksi pada minit ke-68 hasil jaringan cantik oleh Jerome Etame.

Aksi tamat dengan keputusan 4-1 memihak kepada pasukan tuan rumah, Kuching City dalam perlawanan minggu ke-22 saingan Liga Super musim ini di Stadium Negeri pada Ahad.