Liga Super: Selangor Jadikan Kelantan TRW ‘Mangsa’ Amukan
MakanBola
Selangor FC

Selangor mencatakan kemenangan besar ke atas Kelantan The Real Warrior (TRW) dalam aksi Liga Super

Pertemuan di Stadium Sultan Muhammad IV ini menyaksikan kemenangan 6-0 diraih oleh Selangor ke atas Kelantan TRW bagi memastikan pengejaran tempat kedua Liga Super masih terbuka.

Chrigor Moraes kembali dalam senarai kesebelasan utama Selangor bersama Faisal Halim dan Alvin Fortes manakala Kelantan TRW mempertaruhkan bisa Azam Azih di jentera tengah.

Jaringan pembukaan berjaya dihasilkan oleh pelawat pada minit ke-25 setelah Kim Ji-ho menjaringkan gol sulungnya bersama Selangor berpunca daripada situasi kelam-kabut di hadapan gawang lawan.

Ayam tambatan Selangor, Chrigor Moraes tak mensia-siakan peluang apabila meledak dua gol pantas dalam masa 3 minit untuk memberikan tekanan hebat buat Kelantan TRW menuju rehat.

Kesilapan bek Kelantan TRW Faris Shah Rosli tertampan bola ke gawang sendiri memberikan gol ke-4 buat skuad Gergasi Merah sebelum Alvin Fortes menambah duka pada minit ke-64.

Malam gemilang Selangor di Kota Bharu ditutup dengan gol ke-6 menerusi Chrigor Moraes untuk beliau melengkapkan hatrik dan menghadiahkan 3 mata cukup berharga kepada pelawat.

Aksi 90 minit di Stadium Sultan Muhammad IV ini berakhir dengan kemenangan 6-0 buat Selangor