Liridon Jangan Jual Mahal
Dunia
FAM
Advertisements

Jurulatih berpengalaman, Azraai Khor Abdullah menggesa pemain naturalisasi kebangsaan, Liridon Krasniqi untuk membuktikan keupayaan sebenar dan beraksi dengan baik bersama skuad Harimau Malaya kelak.

Liridon atau lebih mesra disapa Mat Don telah mendapat panggilan kebangsaan, tersenarai dalam kelompok 30 pemain yang dipilih Kim Pan-gon. Bagaimanapun, Azraai Khor Abdullah dilihat kurang bersetuju dengan kehadiran Liridon untuk kem kebangsaan kali ini.

Menurut Azraai, jika jurulatih lain yang mengendalikan Harimau Malaya ketika ini, barangkali nama Liridon Krasniqi tidak lagi disenaraikan.

Advertisements

“Kalau ikut orang lain, saya rasa Liridon tiada dalam pasukan kebangsaan, dengan perangai dia. Mungkin Pan Gon tak kenal dia lagi.”

Namun Azraai Khor tidak menafikan kebolehan dan kelebihan yang Liridon miliki. Azraai berharap bintang Odisha FC ini dapat memanfaatkan sebaik mungkin peluang yang sedia ada untuk terus pikat hati Kim Pan-gon.

Advertisements

“Jadi, ini satu peluang keemasan dia untuk buktikan. Jangan dia datang buat hal, jual mahal ke apa. Kalau dia nak betul-betul, ambil peluang ini,” kata Azraai Khor Abdullah kepada BH Sukan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram