Pemain naturalisasi Malaysia, Liridon Krasniqi dikesan beraksi buat Jerman.
Tonggak kelahiran Kosovo itu kini bersama kelab Switzerland, Schaffhausen ll selepas setahun tidak beraksi buat mana-mana kelab setelah meninggalkan Terengganu FC.
Pemain berusia 33 tahun itu sudah beraksi sebanyak 10 perlawanan bagi saingan Liga Interregional -Gruppe 4 dan menjaringkan satu gol.
Bekas pemain kebangsaan Harimau Malaya ini kembali mencuri tumpuan peminat bola sepak tanah air selepas dikesan beraksi buat pasukan pilihan Jerman.
Berdasarkan satu klip yang tular oleh Baller League, pemain yang mesra disapa MatDon itu mempamerkan aksi luar biasa bersama pasukan Baller Al-Stars DE sebelum merembat masuk untuk jaringan pembukaan pasukan menentang Baller Al-Stars UK.
Beliau memainkan peranan penting menerusi dua jaringan dan membantu pasukannya untuk melakar kemenangan 9-1 pada aksi final tersebut.
Sebelum ini, Liridon telah beraksi bersama sebuah kelab Amatur Jerman, Kafigtiger dalam Baller League dan merekodkan 9 jaringan dalam 7 penampilan.
Beliau juga pernah memberi bayangan untuk kembali beraksi di Liga Super Malaysia musim 2024/25 namun tiada sebarang perpindahan berlaku.