Advertising
Live: Selangor vs Sri Pahang, Kesebelasan Utama & Siaran TV Liga Super
MakanBola
Sri Pahang FC

Aksi tumpuan Liga Super pada Sabtu menyaksikan Selangor vs Sri Pahang di Kelana Jaya.

Kedua-dua pasukan ketika ini dalam momentum yang terbaik dengan Selangor mengesahkan tempat di perlawanan akhir MFL Challenge Cup minggu lalu setelah mengatasi Penang.

Sementara Sri Pahang pula layak ke final Piala Malaysia buat kali pertama selepas 11 tahun apabila menghampakan wakil. Borneo, Sabah dalam perlawanan separuh akhir di Temerloh.

Ad

Justeru, pertembungan di Kelana Jaya ini bakal menjanjikan aksi yang menarik buat peminat bola sepak tatkala Selangor ketika ini dalam usaha mengukuhkan tempat di tangga ke-2 liga.

Ad

Katsuhito Kinoshi berharap pemain bersedia dan memahami cara yang ingin diterapkan berbanding kali terakhir bertemu Sri Pahang yang ketika itu adalah aksi kedua beliau bersama Selangor.

“Kali terakhir kita bertemu Sri Pahang, saya tiba di sini kurang daripada seminggu. Sekarang, saya sudah di sini selama dua bulan sejak saya tiba,” ujar Katsuhito Kinoshi.

Ad
Ad

”Jadi, saya faham mereka (pemain-pemain) cuba memahami falsafah (permainan) saya dan saya turut cuba memahami gaya permainan mereka. Saya harap aksi kali ini lebih baik.”

Ad

Kali terakhir Selangor dan Sri Pahang bertemu adalah dalam perlawanan pusingan 16 Piala Malaysia di Kelana Jaya yang menyaksikan skuad Tok Gajah menang dengan keputusan 2-1.

Kesebelasan Utama Selangor vs Sri Pahang

Info Siaran Langsung Selangor vs Sri Pahang

Tarikh: 8 Februari 2025 (Sabtu).
Masa: 8.15 Malam.
Venue: Stadium MBPJ, Kelana Jaya.
Siaran Langsung: Astro Arena Bola.

Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com.