Pengalaman ‘Tahun Ke-3’ Luqman Hakim Buktikan Masih Ada Sinar Kekal Di Eropah
Dunia
KV Kortrijk
Advertisements

Penyerang muda pasukan kebangsaan, Luqman Hakim Shamsudin dilihat masih berpeluang untuk menyinar di pentas bola sepak Eropah apabila bibit-bibit kecemerlangannya mula terbit sejak dua menjak ini.

Pemain berusia 20 tahun itu sudah mula untuk mendapat rentak terbaiknya apabila mula mendapat kepercayaan untuk membarisi kesebelasan utama pasukan.

Sebelum ini, detik pertama buat Luqman untuk menembusi skuad senior KV Kortrijk bermula apabila beliau tersenarai dalam senarai 30 orang pemain ketika berdepa pasukan tercorot liga, Beerschot.

Advertisements

Namun begitu, beliau tidak diturunkan dalam perlawanan tersebut selepas terpaksa berdepan cabaran beberapa orang pemain handalan di kelab untuk mendapat tempat.

Selepas itu, pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini diberi tanggungjawab untuk turun beraksi ketika bersama pasukan bawah 21 tahun kelab.

Luqman yang beraksi dalam kesebelasan utama pasukan telah beraksi selama 74 minit selain membentuk gandingan yang sangat baik bersama rakan sepasukan di barisan serangan.

Advertisements

Bukan itu sahaja, menurut satu laporan, pemain yang mesra disapa Luqie ini didakwa mendapatkan bantuan daripada jurulatih luar di Belgium untuk melakukan latihan tambahan .

Luqman kekal bersama pasukan untuk menjalani latihan bagi menambat hati barisan kejurulatihan di sana untuk menurunkan beliau.

Selepas itu, Luqman seakan-akan tidak lagi menoleh ke belakang apabila menjadi watak penting buat pasukan selepas berjaya menjaringkan satu gol dalam perlawanan KV Kortjik B21 menentang KVC Westerlo.

Advertisements

Pemain yang mesra disapa Luqie ini beraksi selama 79 minit sebelum ditukarkan dengan rakan sepasukan.

Kepercayaan yang diberikan oleh barisan kejurulatihan baharu Harimau Malaya untuk membawa pemain ini dalam siri perlawanan persahabatan Tri Nations baru-baru ini membuktikan kredibiliti di barisan serangan negara.

Luqman sudah pasti mahu memperoleh minit permainan yang mencukupi untuk terus merebut tempat dalam skuad kendalian Kim Pan-gon menjelang kelayakan Piala Asia, Jun ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram