Luqman Hakim Disenaraikan Dalam Skuad KV Kortrijk Bertemu Antwerp
Dunia
KV Kortrijk
Advertisements

Penyerang muda negara, Luqman Hakim disenaraikan dalam skuad utama KV Kortrijk untuk satu perlawanan liga utama Belgium bertemu Antwerp.

Penyeneraian ini merupakan kali pertama buat Luqman Hakim di bawah kepimpinan kejurulatihan baru KV Kortrijk oleh Adnan Čustović.

Luqman yang sebelum ini tampil cemerlang bersama skuad bawah 21 tahun KV Kortrijk akhirnya berjaya menarik perhatian ketua jurulatih baru kelab De Kerels ini.

Advertisements

Antwerp yang kini gah ditakhta Liga Pro Belgium sudah pasti bakal menjadi lawan sukar buat anak didik Adnan Custovic.

Kali terakhir Luqman Hakim beraksi dalam kancah utama Liga Pro Belgium adalah pada Oktober 2020 selepas dimasukkan sebagai pemain gantian pada minit ke-73 oleh bekas jurulatih kelab berkenaan, Yves Vanderhaeghe.

KV Kortrijk bakal bertemu Antwerp pada jam 12.30 pagi ini (waktu Malaysia), 3 Oktober 2022 di Stadium Guldensporen.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram