Luqman Hakim Mengganas, Ledak Dua Gol Di Bumi Iceland
Eropah
Njardvik
Advertisements

Bintang baru Njardvik FC, Luqman Hakim Shamsudin berjaya mencatat nama sebagai penjaring dalam satu aksi persahabatan di Iceland pada minggu lepas.

Pemain berusia 20 tahun itu telah menjaringkan dua gol ketika membantu pasukannya membenam pasukan Haukar FC.

Luqman diberi tanggungjawab oleh pengendali Njardvik untuk turun dalam kesebelasan utama pasukan. Anak jati kelahiran Kelantan itu membalas kepercayaan tersebut dengan aksi cemerlang dalam perlawanan bersama pasukan barunya.

Advertisements

Gol pertama terhasil apabila Luqman menyudahkan hantaran pendek daripada rakan sepasukannya dengan satu rembatan menewaskan penjaga gol lawan pada babak pertama perlawanan.

Luqman sekali lagi cemerlang meledak setelah memanfaatkan kesilapan daripada penjaga gol Haukar pada aksi separuh masa kedua.

Advertisements
@njardvikfc

For everyone waiting for news on Luqman’s situation – his VISA/registration is pending confirmation from the Icelandic government. Everyone at Njardvik FC are hoping his debut will be in the next match. 
The same goes for Joao Ananias.
But in the meanwhile for more Luqman content here are his two goals from an unofficial friendly against Haukar the last week.
More to come ⚡️🔥

♬ Legends Are Made – Sam Tinnesz

Pemain yang mesra disapa Luqie ini dijangka bakal meraih debut bersama pasukan di dalam saingan liga tidak lama lagi. Difahamkan, beliau kini sedang menunggu permit kerja dan status kelulusan visa daripada kerajaan Iceland sebelum beliau dibenarkan beraksi.

Pihak Njardvik dalam satu hantaran menjelaskan bahawa mereka sudah bekerja keras dalam menyiapkan segala dokumen berkaitan demi merealisasikan penampilan pertama Luqman bersama pasukan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram