Dunia
unifi
Advertisements

Lampu limpah baru Stadium Sultan Muhammad IV dilihat malap walaupun sepatutnya ianya lebih terang berbanding pencahayaan lama.

Berdasarkan pengamatan semasa siaran langsung perlawanan melibatkan Kelantan United menentang Kelantan, pencahayaan seolah-olah tidak cukup dan lebih gelap berbanding lampu limpah sebelum ini sekaligus menimbulkan tanda tanya dari kalangan penyokong.

stadium sultan muhammad iv gelap "Malap Semacam" Lampu Limpah Baru Stadium Sultan Muhammad IV Menggusarkan
unifi

Berdasarkan tinjauan dilakukan di media sosial, penyokong Kelantan nyata kecewa dengan pencahayaan di stadium berkenaan dan ingin ianya disiasat.

Advertisements

Perlawanan ini merupakan perlawanan pertama musim ini di Stadium Sultan Muhammad IV diadakan pada waktu malam selepas mendapat kebenaran dilangsungkan pada waktu malam.

Buat masa ini beum ada sebarang kenyataan dari pihak perbadanan stadium berkenaan keadaan lampu limpah ini.

Stadium Sultan Muhammad IV sebelum ini menjalani proses naik taraf sejak September 2021 dengan pelbagai kemudahan sedia ada digantikan dengan ‘barang baru’ dan ianya melibatkan kos keseluruhan RM5.5 juta.

Advertisements

Dalam perlawanan melibatkan Kelantan United dan Kelantan, kedua-dua pasukan seri 1-1 sekaligus mengesahkan kejuaraan Liga Premier 2022 buat JDT II yang berjaya menewaskan Selangor 2 0-1 di Stadium UiTM Shah Alam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram