Malaysia & Arab Saudi Dijemput Sertai Kejohanan Asia Selatan
Harimau Malaya
Advertisements

Malaysia telah dijemput untuk menyertai Kejohanan Bolasepak Asia Selatan (SAFF) yang dijadualkan berlangsung pada Jun.

Presiden Persekutuan Bola Sepak Asia Selatan (SAFF), Kazi Salahuddin memaklumkan bahawa pihaknya menjemput dua pasukan iaitu Malaysia dan Arab Saudi (U23) untuk menyertai Kejohanan SAFF bagi tahun ini.

Bagi menambah tahap kompetetif dalam kejohanan, mereka bersetuju untuk menjemput satu atau dua pasukan dari luar daripada wilayah Asia Selatan dengan tujuan untuk meningkatkan jumlah peserta kepada lapan pasukan. Difahamkan dua negara tersebut ialah Malaysia dan skuad bawah 23 tahun Arab Saudi.

Advertisements

Kejohanan edisi ke-14 ini akan disertai India, Bhutan, Bangladesh, Nepal, Maldives dan juga Pakistan.

Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan Bola Sepak Asia Selatan yang diadakan pada 31 Mac lepas mengesahkan bahawa India telah dipilih sebagai tuan rumah. Kejohanan ini akan dilansungkan di Bengaluru bermula dari 21 Jun hingga 3 Julai 2023.

Advertisements

Untuk rekod, antara negara yang pernah menyertai kejohanan ini ialah India, Afghanistan, Bhutan, Bangladesh, Maldives, Nepal, Pakistan dan Sri Lanka. Pada edisi lepas, India telah ditabalkan sebagai juara Kejohanan Asia Selatan 2021 yang berlangsung di Maldives.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Noor Azman Rahman sebelum ini telah memaklumkan bahawa Harimau Malaya bakal berdepan Yaman dan Salamon Islands pada Jun. Oleh itu, jemputan untuk menyertai Kejohanan Asia Selatan ini pastinya akan diteliti terlebih dahulu dan akan dimaklumkan pihak FAM kelak.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram