Harimau Malaya
Khairul / MakanBola
Advertisements

Selepas mengesahkan tempat sebagai salah sebuah pasukan yang mara ke pusingan akhir kejohanan Piala Asia 2023, skuad Harimau Malaya sudah boleh melihat bagaimana kedudukan dalam pot atau balang undian peringkat kumpulan nanti.

Berdasarkan kedudukan semasa, Malaysia berada pada tanggan ke 147 dunia (pengiraan tidak rasmi) dan berada dalam pot 4 bersama 5 lagi pasukan lain seperti senarai dibawah.

  1. India
  2. Thailand
  3. Tajikistan
  4. Hong Kong
  5. Malaysia
  6. Indonesia

Jika diperhatikan dari kedudukan pasukan yang berada dalam pot 3, Malaysia perlu mendaki sekitar 50 anak tangga dalam tempoh terdekat sebelum proses undian dijalankan.

Advertisements
288262605 719318312474741 576189450760014869 n Malaysia Dijangka Kekal Dalam Pot 4 Undian Peringkat Kumpulan Piala Asia 2023

Untuk melonjak sebanyak ini, boleh dikatakan hampir mustahil berdasarkan bilangan perlawanan yang akan datang serta taraf perlawanan yang ada. Oleh demikian, diramalkan pasukan Malaysia akan terus kekal berada dalam pot 4 sehingga majlis undian peringkat kumpulan Piala Asia 2023 dijalankan.

Ranking Tidak Penting Dan Peluang Besar Di Piala Asia 2023.

Kedudukan ranking fifa Malaysia boleh dikatakan tidak penting kerana posisi itu lebih terarah untuk mendapat kelebihan ketika proses undian sahaja dan tidak membayangkan prestasi semasa pasukan secara kasarnya.

Adalah lebih wajar jika kita sebagai penyokong untuk memberikan sokongan kepada pasukan serta barisan kejurulatihan menyiapkan pasukan dan melakukan kejutan dengan mempamerkan aksi terpuji berdepan gergasi Asia lain di Piala Asia 2023 nanti.

Advertisements

Dalam kejohanan itu juga nanti adalah peluang terbesar Malaysia untuk mengutip mata lebih banyak ketika berdepan lawan yang lebih hebat. Mata FIFA ranking dalam kejohanan Piala Asia itu nanti juga amat berguna apabila proses undian kelayakan Piala Dunia 2026 nanti.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram