Malaysia Hilang Khidmat Rodney Celvin
MakanBola
Malaysia National Team

Malaysia kehilangan khidmat bek tengah Kuching City FC, Rodney Celvin Akwensivie dalam aksi separuh akhir pertama ASEAN Hyundai Cup menentang Vietnam.

Bek tengah berusia 30 tahun itu tidak dapat meneruskan permainan akibat kecederaan pada minit ke-11. Susulan itu, beliau menerima rawatan di tepi padang selama beberapa minit.

Bekas penyerang kebangsaan, Nizaruddin Yusof yang menjadi pengulas perlawanan itu melihat Rodney mengalami kecederaan di bahagian hamstring.

Bekas bek tengah Selangor FC itu cuba meneruskan permainan selepas kembali ke padang. Walau bagaimanapun, jurulatih interim Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe memilih mengeluarkan beliau pada minit ke-16.

Bek tengah skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23), Aysar Hadi Mohd Sapri dibawa masuk sebagai pengganti Rodney. Pertukaran ini menyaksikan Aysar Hadi merekodkan penampilan pertama bersama Harimau Malaya.

Wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam melihat pertukaran ini menyaksikan benteng negara dikemudi semua pemain Malaysia B-23. Selain Aysar Hadi, benteng negara turut meliputi Ubaidullah Shamsul Fazili, Alif Ahmad dan Faris Danish Mohd Asrul.

Ketika ini, perlawanan masih terikat tanpa jaringan antara kedua-dua pasukan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.