Malaysia Laku Keras, Terima Jemputan Banyak Negara
Dunia
Khairul / Makanbola
Advertisements

Kejayaan skuad negara mara ke pusingan akhir Piala Asia 2023 membuka ruang seluas-luasnya buat skuad Kim Pan-gon mengadakan perlawanan persahabatan dengan negara dengan ranking FIFA lebih baik.

Sebelum ini Malaysia menerima anjakan ranking terbaik sejak 8 tahun lalu apabila berjaya melonjak 7 anak tangga ke kedudukan ke-147 dunia selepas berjaya menewaskan Brunei, Hong Kong, Turkmenistan dan Bangladesh.

FIFA turut menyenaraikan Malaysia sebagai salah satu negara dengan perolehan mata terbanyak untuk bulan Mei tahun ini.

Advertisements

Menurut satu laporan dikeluarkan Arena Metro menerusi kenyataan Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Saifuddin Abu Bakar, Malaysia laku keras dan menerima jemputan menghadiri beberapa perlawanan dan kejohanan antarabangsa September ini.

“Sekarang ini, kita menyerahkan kepada Pan-gon untuk menentukan bagaimana mahu melakukan persediaan rapi membabitkan skuad Harimau Malaya sebelum menyertai Piala Asia tahun depan.

“Apa yang boleh saya katakan, sejak kita berjaya menempah tiket ke Piala Asia, terdapat pihak tertentu menjemput Harimau Malaya untuk menyertai perlawanan jemputan dianjurkan mereka.

Advertisements

“Mungkin perlawanan terbabit akan diadakan pada kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) pada September depan.

“FAM perlu mengambil kira segala aspek termasuk berbincang bersama Liga Bolasepak Malaysia (MFL) kerana tidak mahu mengganggu perjalanan liga kerana ketika itu kelab membuat persediaan mengharungi Piala Malaysia,” katanya kepada Arena Metro.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram