Bintang terkenal UFC, Conor McGregor dilaporkan berminat untuk membeli kelab gergasi EPL, Liverpool.
Perkara itu dikongsikan di ciapan Twitter milik McGregor yang baru sahaja mengetahui keadaan Liverpool ketika ini dimana pemiliknya mahu menjual kelab dan bersedia untuk menerima mana-mana tawaran terbaik.
Sebelum ini, peninju terkenal ini ada menyatakan untuk membeli Chelsea namun kini The Blues sudah ada pemilik yag baharu iaitu Todd Boehly.
Meskipun beliau merupakan peminat tegar Manchester United, beliau akui teruja jika dapat membeli Liverpool.
Menurut artikel yang dikeluarkan oleh MakanBola, kini The Reds telahpun menerima bebrapa tawaran daripada pihak ketiga yang menunjukkan minat. Tapi keputusan masih belum disahkan lagi.