Melaka Minta Dibenarkan Guna Jurulatih Import
Dunia
Melaka FC
Advertisements

Kemasukan Melaka FC dan Sarawak United dalam Liga M3 sudah memeningkan kepala pengurusan Liga Bola Sepak Amatur (AFL) untuk musim 2023. Terbaru, Melaka meminta kebenaran agar dapat menggunakan jurulatih import untuk saingan liga musim ini.

Semasa ia diperkenalkan pada 2019, Liga M3 sebelum itu membenarkan penggunaan pemain dan jurulatih asing. Tetapi sejak dua musim lepas, amalan tersebut dihentikan bagi membina keupayaan para pemain dan jurulatih tempatan sebelum mara lebih jauh dalam karier profesional mereka.

Tetapi itu tidak menghalang sesetengah kelab mengupah jurulatih asing secara rahsia – satu amalan yang mengundang kemarahan Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM), B. Sathianathan.

Advertisements

Walaupun peraturan ‘tiada pemain dan jurulatih asing’ dikuatkuasakan, AFL membenarkan penggunaan jurulatih asing oleh sesetengah kelab Liga M3 selepas menerima ‘rayuan’ mereka.

Melaka sebelum ini mengumumkan bakal membawa jurulatih asing. Selain itu, Armed Forces dikatakan mahu membawa masuk Kevin Cooper sebagai jurulatih mereka.

Hal ini sudah mencetuskan rasa tidak puas hati kelab-kelab Liga M3. Tetapi COO AFL, Raimi Fakri menegaskan jurulatih tempatan akan sentiasa diberi keutamaan dalam liga tersebut.

Advertisements

“Dalam pekeliling kami, kami amat jelas dengan keperluan pasukan di mana mereka perlu menggunakan jurulatih dan pemain tempatan, tetapi untuk musim 2023, kami telah menerima rayuan daripada kelab-kelab untuk menggunakan jurulatih asing.

“Lembaga pengarah (AFL) telah mengambil keputusan untuk menerima rayuan tersebut tetapi ini merupakan pengecualian khas,” katanya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram