Nazmi Faiz: JDT Takkan Berhenti Di Sini
Piala Malaysia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Perancang tengah pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Nazmi Faiz Mansor yakin pasukannya tidak akan mudah merasa selesa selepas berjaya menundukkan Perak dalam aksi separuh akhir Piala Malaysia.

Pemain berusia 28 tahun itu dimasukkan selaku pemain gantian dan melakukan impak segera termasuklah menjaringkan satu gol untuk membawa kepada kemenangan besar 4-1 di laman lawan.

Mengulas lanjut, Harimau Selatan berjaya membawa kelebihan tiga gol ketika beraksi di laman sendiri pada 2 November kelak namun Nazmi yakin JDT tidak akan terlalu selesa dengan kelebihan ini.

Advertisements

“Saya harap 4-1 ini kita (JDT) tidak akan berhenti di sini. Kita masih ada 90 minit di Stadium Sultan Ibrahim dan kita tak boleh cepat berpuas hati,” jelasnya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Pasukan kendalian Tano Solari kini sudah berada di Korea bagi menghadapi aksi getir berdepan jaguh K1 League, Ulsan Hyundai bagi aksi ketiga Liga Juara-Juara AFC (ACL).

“Fokus kini terarah kepada bagi aksi ACL di Korea. Kami tahu ia sukar, berdepan pasukan terbaik dari Korea tetapi para pemain terus meningkat dan saya bangga kerana JDT sentiasa menunjukkan bahawa kami semakin kuat,” ujar Solari.

Advertisements

JDT kini menghuni tangga ke-2 selepas dua perlawanan dengan 3 mata selepas mencatatkan kemenangan berdepan BG Pathuk United tempoh hari.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram