Ketua jurulatih Sabah, Datuk Ong Kim Swee berang pemain Sabah jadi mangsa kecederaan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
Dalam aksi perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2024, Malaysia berjaya mengecapi kejuaraan ke-13 selepas menewaskan Lubnan.
Salah seorang pemain Sabah yang Dominic Tan, menjadi mangsa terbaru yang mengalami kecederaan ketika beraksi di SNBJ semalam. Beliau terpaksa dikeluarkan pada separuh masa kedua
Kemudiannya, seorang lagi penyerang Sabah, Darren Lok yang dimasukkan pada separuh masa kedua permainan turut hampir menjadi mangsa kecederaan.
Dalam pada itu, Datuk Ong Kim Swee mahukan jalan penyelesaian mengenai isu padang SNBJ ini. Beliau menganggap sehingga kini masih tiada kesudahan.
“Tiada cerita berakhir! Malu dan mahu menuding jari lagi pada SNBJ atau alasan?,” kata Ong Kim Swee dalam laman X membalas ciapan wartawan sukan Star, T. Avineshwaran.
Sebelum ini bagi aksi pertama Pestabola Merdeka menentang Filipina, pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Afiq Fazail turut disahkan mengalami kecederaan. Pemain tengah itu tidak diturunkan dalam senarai nama pasukan di perlawanan akhir.