Advertisement
Oscar Gonzalez Dilantik Pengarah Teknikal AMD
Harimau Malaya
MakanBola
New South Wales Schools Football

Teka-teki siapa Pengarah Teknikal Akademi Mokhtar Dahari (AMD) baharu akhirnya terjawab apabila jawatan itu kini disandang oleh Oscar Francisco Gonzalez.

Perlantikan bekas Pengurus Besar Pendidikan Kejurulatihan Persatuan Bola Sepak Australia (AAFC) itu dinyatakan dalam satu laporan Astro Arena hari ini.

Selain menggalas peranan sebagai Pengarah Teknikal AMD, Gonzalez juga menggalas peranan sebagai Pengarah Teknikal Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP).

Pemilihan Gonzalez dibuat selepas melepasi sesi temuduga dengan barisan panel penemuduga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) diketuai Presiden, Datuk Hamidin Mohd Amin pada Disember tahun lalu.

Pengumuman ini menamatkan desas-desus tentang siapa individu yang bakal mengisi kerusi panas tersebut.

Gonzalez menjadi individu terbaharu yang menggalas jawatan tersebut selepas Datuk Lim Teong Kim dan Dennis Bekking.

Jawatan Pengarah Teknikal AMD kosong selepas Bekking menerima tawaran Selangor FC sebagai pengarah teknikal pasukan itu pada 2022.

Sebelum ini, nama jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee dikaitkan dengan kerusi panas berkenaan.

Walau bagaimanapun, Kim Swee tidak melayan spekulasi berkenaan kerana fokus dengan persiapan Sabah menghadapi Liga Super musim 2024/25.

Gonzalez memiliki Diploma Kejurulatihan Professional Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dan pengalaman lebih 20 tahun mengendalikan program pembangunan bola sepak belia elit di New South Wales.

Selain AAFC, beliau juga pernah menabur bakti bersama Nantong Zhiyun (China) dan juara Piala AFC 2023/24, Central Coast Mariners.