Pasukan Ke-73 Dunia Lawan Terakhir Malaysia Sebelum Ke Piala Asia
Harimau Malaya
Azri / MakanBola
Advertisements

Malaysia akan menutup perjalanan bagi persiapan ke Piala Asia 2023 dengan bertemu salah sebuah pasukan dalam kelompok 100 terbaik dunia.

Pasukan bimbingan Kim Pan-gon kini dalam persiapan rapi untuk ke kejohanan berprestij tersebut selepas mengesahkan perlawanan berdepan Syria dan China bagi aksi persahabatan September ini.

Perlawanan yang berlangsung di Chengdu, China itu menyaksikan Harimau Malaya berpeluang menambah baik kekuatan pasukan dan juga kedudukan Malaysia dalam ranking FIFA sungguhpun berdepan pasukan pada edudukan ke-94 dunia iaitu Syria dan China di kedudukan ke-80 dunia.

Advertisements

Baru-baru ini, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato’ Hamidin Mohd Amin memberi perkhabaran baru kepada penyokong Harimau Malaya apabila mengesahkan skuad negara akan berdepan pasukan Piala Dunia, Arab Saudi pada Januari tahun hadapan.

Malaysia juga bagaimanapun kini dalam fasa perbincangan terakhir untuk bertemu dengan sebuah lagi pasukan timur tengah iaitu Oman.

Kita memang pasti akan menentang Arab Saudi di Doha pada 3 Januari dan selepas itu kita akan terbang ke Oman untuk menentang skuad kebangsaan Oman.”

Advertisements

Perlawanan persahabatan tersebut bagaimanapun difahamkan akan berlangsung secara tertutup.

“Sama ada kita satu kumpulan dengan Oman atau tidak, saya berpendapat ia sesuatu yang bagus untuk kita kerana ia akan dimainkan secara tertutup.”

Pasukan bimbingan Branko Ivankovic kini menghuni tangga ke-73 dunia dan bakal menjadi lawan yang cukup baik buat barisan pemain negara. sambil Hamidin mahu pertemuan ini menjadi medan ujian buat barisan kejurulatihan.

Advertisements

“Inilah masanya untuk Kim Pan Gon melihat semula pasukan, tukar taktikal ataupun buat penambahbaikan,” katanya kepada Utusan pada Majlis Perasmian Liga Wanita Nasional.

Malaysia akan memulakan aksi di Piala Asia pada 16 Januari berdepan gergasi Timur Tengah, Jordan disusuli dengan aksi menentang Bahrain dan Korea Selatan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram