Pasukan Ke-80 Dunia Antara 4 Pasukan Sertai Pestabola Merdeka
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Selepas penganjuran Pestabola Merdeka pada Oktober tahun ini diumumkan oleh FAM beberapa minggu sebelumnya, ramai berspekulasi pasukan mana yang akan menyertai kejohanan ikonik itu. Terbaru, difahamkan China merupakan antara pasukan yang bakal menyertai kejohanan itu.

Sebelum ini, beberapa negara dicanang dikatakan dicanang menyertai kejohanan itu termasuk Thailand, India dan Palestin. Bagaimanapun, Thailand menerusi Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) terpaksa menolak jemputan berikutan penganjuran Piala Raja Thailand turut diadakan pada bulan sama.

Ad

Kini, terdapat empat buah negara yang dijangka bakal menyertai Pestabola Merdeka. Dengan India bersedia mengambil bahagian, tiga lagi negara yang terlibat ialah Palestin atau Lubnan dan China.

Ad

Kehadiran China sudah pasti bakal menguji keupayaan anak-anak buah Kim Pan-gon. Ini kerana selain menduduki ranking ke-80 FIFA, mereka juga bakal beraksi pada Piala Asia 2023.

Dengan Stadium Nasional Bukit Jalil bakal digunakan semula dalam tempoh tersebut, Pestabola Merdeka kali ini bakal menjanjikan kejohanan yang menarik dan menghiburkan buat para penyokong Harimau Malaya.

Ad