Advertising
Pattani Sambar Zafuan Azeman
MakanBola
Uthai Thani FC
Sponsors

Penyerang Malaysia, Zafuan Azeman memilih berkelana ke selatan Thailand dengan menyertai kelab Thai League 3, Pattani FC.

Perpindahan penyerang berusia 25 tahun itu diumumkan Pattani menerusi satu kenyataan di platform media sosial rasmi mereka.

Ad

Sebelum ini, Zafuan memilih menyertai kelab Thai League 1, Uthai Thani pada Januari 2024. Walau bagaimanapun, beliau hanya merekodkan satu penampilan dalam saingan Thai League Cup.

Ad

Ramai peminat Pattani mengetahui Zafuan ialah pemain terbaru mereka apabila kelibatnya dikesan dalam aksi persahabatan dengan Saiburi pada 16 Ogos lalu.

“Pattani FC telah mencapai persetujuan untuk mendapatkan Zafuan Azeman, penyerang Malaysia-Thai berusia 25 tahun untuk menyertai pasukan kejurulatihan untuk musim 2024/25.

Ad

“Zafuan Azeman ialah bekas penyerang Malaysia Bawah 19 Tahun (B-19) dan pernah beraksi untuk Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Perlis United dan Uthai Thani dalam kariernya,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Ad

Zafuan menjadi pemain baru ke-12 Pattani bagi menghadapi saingan Thai League 3 Southern Region. Kelab itu turut merekrut dua pemain import Brazil, Marlon Silva dan Romario Alves sebagai tonggak import baru.

Ad

Bisa Zafuan dijangka ditagih pengurusan Pattani untuk mara ke pentas Thai League 3 National Championship musim ini. Ini kerana peringkat ini menawarkan tiga slot kelayakan ke saingan Thai League 2.