Pearly-Thinaah Perlu Padam Rekod Lalu Berdepan Matsuyama-Shida
UltraSukan
Olympic Malaysia

Beregu wanita negara, Pearly Tan-Thinaah M. perlu memadam rekod kurang baik ketika berdepan Nami Matsuyama-Chiharu Shida dari Jepun menjelang aksi penentuan pingat gangsa pada Sabtu.

Terdahulu, Pearly-Thinaah terpaksa akur dikecewakan oleh juara dunia, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan dari China di pusingan separuh akhir pada Jumaat dengan keputusan 12-21, 21-18, 15-21.

Ad

Keputusan ini meranapkan hasrat pasangan negara untuk mara ke final dan akan berentap bersama beregu Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida untuk aksi penentuan pingat gangsa.

Ad

Walau bagaimanapun, rekod pertemuan antara Pearly-Thinaah ketika menentang Nami-Shida dilihat kurang baik apabila wakil Jepun itu mencatatkan 9 kemenangan dalam 10 aksi lalu.

Sementara itu, hanya 1 kemenangan sahaja yang berjaya direkodkan oleh pasangan negara ke atas beregu keempat dunia ini iaitu ketika di France Open dua tahun yang lalu.

Semenjak itu, tiga aksi terakhir membabitkan kedua-dua pasangan dimenangi oleh Nami-Shida dengan aksi terakhir di India Open 2024 berakhir dengan keputusan 21-16, 21-13 memihak wakil Jepun.

Ad

Oleh itu, pertemuan Pearly-Thinaah dan Nami-Shida pada Sabtu ini bukan sahaja misi untuk membawa pulang pingat gangsa buat negara, malah untuk merakamkan satu lagi kemenangan ke atas lawan.

Ad

Perlawanan penuh bersejarah antara kedua-dua pasangan ini dijadualkan berlangsung pada Sabtu jam 9 malam waktu tempatan.