Pelaksanaan Penuh FFP – Belanja Kelab Liga Super Turun 83%
MakanBola
Johor Southern Tigers

Satu signal positif daripada kelab Liga Super Malaysia selepas berjaya mengurangkan perbelanjaan pasukan bagi musim 2025-26.

Perkara ini dijelaskan secara terperinci oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysian Football League(MFL), Encik Mohd Shazli Shaik Mohd yang memandang positif pelaksanaan penuh Financial Fair Play(FFP) Liga Malaysia.

“Perkembangan tentang perbezaan pendapatan daripada FFP tatkala tahun inu merupakan pelaksanaan penuh FFP.

“Jika kita lihat pada tahun 2021 hingga 2026, dari sudut perbelanjaan pasukan, angkanya menurun sebanyak 83.25 peratus.

“Ini merupakan aspek positif daripada pelaksanaan FFP setelah kita (MFL) melakukan pengawalan bajet iaitu 80 peratus daripada nilai tajaan dibelanjakan,” ujarnya pada sesi meja bulat anjuran MFL, petang Rabu.

Pelaksanaan ini juga membantu pasukan untuk tidak berbelanja melebihi kemampuan sebenar pasukan iaitu bajet kelab dan apa yang dibelanjakan bagi musim 2025-26.

MFL juga memaklumkan bahawa perangkaan bajet kelab Liga Super Malaysia mematuhi piawaian yang ditetapkan terutamanya dalam membayar gaji staf dan pemain pasukan masing-masing.

“Berlaku penurunan sebanyak 56.87 peratus selepas FFP dilaksanakan secara penuh. Ini menunjukkan perkembangan yang baik selepas FFP dilaksanakan,” tambahnya.