fbpx

Pemain Muda Selangor Hubungi TMJ

Instagram: @hrhcrownprinceofjohor

Trending Hari Ini

Share on:
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Dalam kehangatan saingan Liga Super Malaysia 2021 yang masih berbaki beberapa perlawanan, pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Idris kelmarin membuat satu ulasan berkaitan perkembangan pemain-pemain muda Selangor FC.

Dulu Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Idris (TMJ) sebelum itu menzahirkan rasa teruja dan memuji prestasi pemain-pemain muda Selangor FC di Instagram story miliknya.

Terdahulu TMJ turut mengulas berkenaan status beliau bersama Johor Darul Ta’zim. Menurutnya beliau masih berkira-kira dan sedang mempertimbangkan hasratnya untuk meninggalkan JDT.

Di Instagram story, TMJ menjelaskan ada beberapa pemain Selangor FC yang telah menghubungi beliau. Tambahnya ramai dalam kalangan pemain Selangor FC yang berminat, termasuk pemain kesebelasan utama pasukan The Red Giant.

“Tapi dah ramai hubungi saya ni. Termasuk juga pemain kesebelasan utama,” balas TMJ.

Ada juga dalam kalangan pengikut Instagram TMJ yang bertanya tentang kehebatan pemain muda Selangor FC. Tunku Ismail santai menjawab, ‘ok boleh tahan’.

8E057961 928F 4F3D 8653 215380F04C7D Pemain Muda Selangor Hubungi TMJ

Kita sedia maklum, Johor Darul Ta’zim merupakan sebuah kelab yang terbesar di Malaysia. Pencapaian demi pencapaian diraih JDT sejak kemunculan TMJ yang mengambil alih Persatuan Bola Sepak Negeri Johor pada 2012.

Ramai dalam kalangan pemain muda JDT hari ini turut berjaya menempah nama di peringkat antarabangsa dan menjadi antara pemain termahal ketika ini.

Program pembangunan pemain-pemain muda yang dibangunkan Johor Darul Ta’zim melalui Akademi JDT turut memberikan kesan positif terhadap bola sepak di Malaysia.

Semoga bola sepak Malaysia terus maju dan mencipta kejayaan demi kejayaan pada masa akan datang.

© MakanBola Media – All Rights Reserved