Pemain West Ham dilaporkan berminat untuk mewakili Malaysia.
Perkembangan terbaru skuad kebangsaan menyaksikan pengendali kelahiran Australia, Peter Cklamovski dilantik jurulatih baharu.
Bukan itu sahaja, Harimau Malaya dikatakan bakal menerima sentuhan pemain luar negara selepas Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail mengesahkan bahawa bakal bertemu dengan wakil FIFA untuk membincangkan perkara tersebut.
Perkongsian oleh laman Frfuturetalents menyaksikan pemain muda West Ham iaitu Harry Montague menyimpan niat untuk beraksi buat Harimau Malaya.
Tonggak muda The Hammers berusia 15 tahun itu lahir di Hackney, London dan boleh beraksi pada beberapa posisi seperti pertahanan kanan, perancang tengah dan pertahanan tengah.
Pemain muda ini berketinggian 1.85 meter ini mengakui teruja sekiranya dapat menyarung jersi Malaysia suatu hari nanti.
“Sudah pastinya saya teruja untuk mewakili Malaysia. Saya bangga dengan keturunan saya dan mak saya berasal dari Sandakan, Sabah,” ujarnya kepada Frfuturetalents.
Setakat ini, masih tiada pengesahan rasmi daripada pihak FAM berkenaan calon yang berpotensi untuk mewakili skuad kebangsaan dalam masa terdekat.